Salam DJ KC,
Saya peminat setia MJ12 dari JB. Saya tak pernah mengalami
kisah aneh, misteri dan seram tetapi kisah ini adalah kali pertama berlaku pada
saya dan saya harap ini adalah kali yang terakhir... Cerita ini agak panjang
jadi kalau boleh pendekkan, silakanlah.
Peristiwa ini baru saja berlaku pada malam tahun baru. Saya bersama
adik kembar lelaki saya telah ke Sabah atas satu urusan. Dari Kota Kinabalu (KK)
kami menyewa sebuah kereta menuju ke sebuah daerah pendalaman di Sabah bernama
Nabawan. Cubalah pendengar semua mencari di ruang siber dan cari di mana letaknya
daerah Nabawan di Sabah kerana itulah yang kami lakukan sebelum bertolak.
Hakikatnya ini kali pertama kami memandu di Sabah dan kali pertama kami ke
Nabawan. Adik kembar saya jenis pemandu tegar. Setiap pelusuk Semenanjung
Malaysia telah mereka jejaki dan mereka memang gila memandu. Sebab itulah mereka
sanggup menyewa kereta dan memandu sendiri menuju ke Nabawan.
Mereka pernah memandu dalam semua keadaan, pagi petang, tengah malam, awal pagi, ribut taufan dan apa sahaja bentuk muka bumi semua mereka pernah jejaki. Memandu ke Nabawan adalah satu pengalaman baru untuk mereka kerana jalan yang kami lalui adalah jalan di lereng-lereng gunung-ganang yang membentuk banjaran Croker. Pemandangannya sangat indah kerana kami melalui celah-celah kepulan awan. Kereta yang berselisih dengan kami yang menggunakan jalan itu boleh dikira dengan jari.
Mereka pernah memandu dalam semua keadaan, pagi petang, tengah malam, awal pagi, ribut taufan dan apa sahaja bentuk muka bumi semua mereka pernah jejaki. Memandu ke Nabawan adalah satu pengalaman baru untuk mereka kerana jalan yang kami lalui adalah jalan di lereng-lereng gunung-ganang yang membentuk banjaran Croker. Pemandangannya sangat indah kerana kami melalui celah-celah kepulan awan. Kereta yang berselisih dengan kami yang menggunakan jalan itu boleh dikira dengan jari.
Berbalik kepada cerita saya tadi, kami ke Nabawan sebanyak dua kali iaitu
hari pertama bertolak ke Nabawan dan malamnya pulang semula ke KK. Dan hari
kedua pergi lagi ke Nabawan dan malamnya pulang semula ke KK. Maknanya kami
melalui jalan yang sama sebanyak empat kali. Sebagai pemandu tegar yang melalui jalan
yang sama lebih dari sekali menyebabkan adik-adik kembar saya boleh menghafal
setiap laluan dan apa yang ada di kiri kanan jalan. Di mana kawasan rumah,
kawasan hutan, selekoh2 tajam, bukit yang tinggi, kawasan gaung dan laluan turun
bukit. Kami tidak mengalami masalah dalam perjalanan pertama, kedua dan ketiga
tetapi pada perjalanan terakhir menuju semula ke KK, kembara kami benar-benar
diuji...
Peristiwa Pertama
Nama pun laluan lereng gunung, jadi jalannya mestilah penuh dengan selekoh
tajam dan menurun kawasan gunung. Adik saya memandu agak laju (100km/j) walaupun
laluan agak merbahaya sebabnya adalah kerana sudah terlalu lewat malam iaitu
hampir 11 malam. Kami perlu segera sampai di KK. Sepanjang sejam perjalanan
tiada sebuah kereta pun yang kelihatan kecuali tiba-tiba kami ternampak sebuah
kereta di hadapan kami yang menuju ke arah yang sama. Kereta tersebut sejenis lori jenis lama dan saya masih ingat lagi nombor pendaftarannya. Kereta tersebut kelihatan
terhoyong-hayang. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan dan dipandu dengan sangat
perlahan. Apabila adik saya cuba memotong, dia melajukan kenderaannya. Bila adik
saya tak nak memotong dia memperlahankan kenderaannya sehingga 30km/j dan
menyebabkan adik saya naik angin. Seorang lagi adik saya cuba menyabarkan
kembarnya dan mengingatkan yang ini adalah tempat orang. Mungkin pemandu itu baru
pulang dari parti tahun baru dan berada dalam keadaan mabuk. Apabila ada
kesempatan adik saya akhirnya dapat juga memotong lori tersebut. Saya cuba
melihat ke arah pemandunya tetapi keadaan terlalu gelap. Yang ada cuma lampu dari
kereta kami dan lampu malap dari lori tersebut.
Setengah jam selepas memotong lori tersebut dan meninggalkannya jauh ke
belakang sehingga tidak kelihatan lagi, tiba-tiba kami diterpa keanehan.
Walaupun keadaan cuaca gelap, kami tahu yang kami sedang melalui lereng gunung
jadi di sebelah kanan kami adalah tebing batu tinggi dan di sebelah kiri ialah
gaung curam yang sudutnya hampir 90 darjah. Tidak jauh di hadapan kami ternampak
satu jalan susur ke kiri. Aneh, kiri kan gaung? Adik saya yang memandu
bersuara, "Eh, tiga kali lalu jalan ni, aku tak pernah perasan pula ada susur kiri
kat sini. Memang ada ke?" Abang kembar dia menjawab, "Mana ada susur kiri
sebelum ni? Jalan ni kan sebatang je? Mana ada simpang? Lagipun bawah tu kan
gaung?" Mendengar saja jawapannya, dada saya berdebar. Kalau ada susur
kiri patutnya ada papan tanda menunjukkan jalan menuju ke mana. Ini, apa-apa pun
tiada. Jalan itu seperti jalan yang baru di tar dan garisan putihnya masih
memancar lagi. Ketika saya menjenguk ke jalan itu, saya tak nampak di mana
penghujungnya kerana gelap dan yang saya nampak hanyalah bayang-bayang pokok di
bawah gaung sana. Kalaulah jalan itu benar-benar wujud, tak mengapalah. Tapi
bagaimana pula kalau jalan itu memang tak pernah wujud dan ada kereta yang
memasuki susur kiri? Fikir-fikirkanlah...
Adik saya memecut lagi kereta sehingga kami bertemu sebuah kereta di hadapan
kami. Belum habis debar tadi tiba-tiba adik saya terjerit dan beristighfar,
kenderaan di hadapan kami adalah lori yang kami potong dua jam awal tadi.
Macamana dia ada di hadapan kami semula? Lori yang sama, nombor pendaftaran yang
sama dan masih dipandu dalam kadaan yang sama. Waktu itu saya rasa seperti hendak menangis. Beginilah
rupanya perasaan orang yang berada dalam ketakutan yang amat sangat. Saya
memegang bahu adik, cuba meneramkannya manakala abang kembarnya yang tidak
memandu mula membaca Ayatul Kursi dengan suara yang kuat, saya risau kalau adik
saya yang memandu itu panik dan itu boleh membahayakan nyawa kami bertiga. Saya
rasa lori itu memang betul2 mahu mengganggu kami dan kalau kami hilang
pertimbangan mungkin kemalangan akan berlaku.
Dengan suara yang perlahan dan yakin, adik yang memandu mengarahkan
abangnya melaungkan azan dan dengan satu pecutan akhirnya kami sekali lagi
berjaya memotong lori tersebut. Aneh, sebaik sahaja berjaya memotong, lampu
dari lori tersebut terus hilang dari pandanagn cermin sisi kereta.
Seolah-olah ia hilang begitu sahaja. Seram. Kami potong lori itu dua jam
yang lalu. Macamana ia boleh berada di hadapan kami semula? Ada jalan potong
ke di lereng gunung ni? Kalau ada kami tak nampak simpang pun kecuali susur
kiri ke gaung yang mencurigakan itu. Dan kenapa lampu lori dimatikan sebaik sahaja kami memotong? Kami tak dapat pastikan
kerana keadaan terlalu gelap. Kalaulah ia muncul lagi di hadapan kami, saya
tak tahu di mana pengakhiran kembara kami malam itu. Mungkin ia takkan puas hati
selagi kami tak tersasar masuk ke gaung atau menghentam tebing batu gunung di
sebelah kanan jalan.
Peristiwa Kedua
Tiga jam perjalanan kami lalui dengan tenang. Debar di dada semakin
berkurangan. Kami mula berbual seperti biasa setelah kejadian mendebarkan tadi.
Lebih-lebih lagi, kurang lebih 15 batu lagi kami akan melalui kawasan penempatan
penduduk asli. Itulah kampung pertama yang kami lalui setelah hampir 6 jam
perjalanan. Kawasan di situ agak terang dengan lampu jalan. Sebelum memasuki
kawasan tersebut, kami perlu melalui tiga selekoh terakhir menuruni gunung. Di kiri
kanan jalan dipenuhi pokok-pokok besar dan gaung di sebelah kiri tidaklah
terlalu curam seperti awal perjalanan tadi. Pokok-pokok besar di kiri kanan jalan
mempunyai dahan yang banyak dan menganjur ke jalan. Gabungan dari dahan dan
daun-daun pokok di kiri kanan itu membentuk kanopi jalan yang sangat cantik
tetapi tidak di waktu malam lebih-lebih lagi pada awal pagi sebegini. Di awal
perjalanan, adik saya menggunakan lampu tinggi dan ia hanya direndahkan apabila
bertemu dengan lori yang aneh tadi. Jadi sepanjang perjalanan kami menggunakan
lampu tinggi.
Apabila kami menuruni selekoh terakhir, lampu kereta kami menyuluh tepat ke hadapan dan dari kedudukan kami yang tinggi, lampu itu menyuluh ke arah rimbunan dahan yang membentuk kanopi jalan. Ya Allah, tahu tak apa yang kami nampak? Di bahagian atas dahan kami ternampak sesuatu seperti terikat di dahan, dalam keadaan baring dan mukanya menghadap ke bawah (jalan yang kami akan lalu). Susuk tubuh yang dibaluti kain putih, dikafan seperti mayat. Mungkin itu yang dipanggil Pocong tapi yang kami nampak dalam keadaan baring dan mukanya menghadap ke jalan.
Apabila kami menuruni selekoh terakhir, lampu kereta kami menyuluh tepat ke hadapan dan dari kedudukan kami yang tinggi, lampu itu menyuluh ke arah rimbunan dahan yang membentuk kanopi jalan. Ya Allah, tahu tak apa yang kami nampak? Di bahagian atas dahan kami ternampak sesuatu seperti terikat di dahan, dalam keadaan baring dan mukanya menghadap ke bawah (jalan yang kami akan lalu). Susuk tubuh yang dibaluti kain putih, dikafan seperti mayat. Mungkin itu yang dipanggil Pocong tapi yang kami nampak dalam keadaan baring dan mukanya menghadap ke jalan.
Ketiga-tiga kami terdiam terkaku. Saya memang tak berani toleh ke belakang, lutut saya bergetar, bulu roma saya meremang, peluh menitis-nitis keluar
walaupun keadaan sangat sejuk. Dan itulah juga yang dialami oleh kedua-dua
orang adik saya. Perlahan-lahan adik saya yang memandu mengadu, "Kak, kaki aku
kebas. Aku tak dapat rasa 'pedal brake'". Kereta kami hampir terbabas. Sekali lagi adik saya melaungkan azan untuk meneneramkan kembarnya yang sedang
memandu. Keadaan sangat sunyi kecuali suara azan yang kedengaran. Laungan azan
berulang-ulang kali itu berhenti apabila kami memasuki kawasan perkampungan
orang asli. Walaupun kawasan itu lebih kurang sama sahaja seramnya kerana rumah
di situ jarak-jarak, sekurang-kurangnya kawasannya terang dengan lampu jalan.
Dan yang penting sekali, kami selamat.
Itulah peristiwa terakhir yang kami lalui sebelum sampai semula ke KK. Kain
kafan di bahagian kepala pocong yang terbuai-buai di tiup angin, lori aneh dan
laluan susur kiri yang mencurigakan itu masih lagi tebayang2 di mata saya.
Sehingga kini saya masih lagi tidur tanpa mematikan lampu kerana bayang-bayangan
itu masih lagi menghantui saya sehingga kini.
p/s Seorang teman saya yang berasal dari Sabah terkejut apabila mengetahui
kami memandu ke Nabawan melalui jalan itu kerana menurutnya jalan tersebut
sangat angker dan misteri kerana terlalu banyak kejadian aneh berlaku
dengan kemalangan yang mengerikan. Dia menganggap kami sangat berani kerana
melakukannya.
Sekian, selamat tengah malam...
Asyikin, Ulu Tiram, Johor
TERIMA KASIH ASYIKIN!!!
4 comments:
can't even read...wasting of time ..the !@#$% who used such font have no otak or kronik..
thks for making the chances..
Seramnya! Syukur semuanya selamat
Post a Comment