Assalamualaikum
DJ KC & para pendengar semua,
Saya
Abby Lee berasal dari Kempas, Johor Bahru. Cerita yang ingin saya sampaikan ini berlaku kira-kira empat tahun yang
lalu. Cerita ini
berlaku di kawasan rumah pangsa Taman Nusantara Gelang Patah, semasa saya bekerja
di sana dan duduk rumah
sewa.
Pada
hari yang dimaksudkan, setelah selesai bertugas, saya keluar bersama bekas tunang
saya. Kami
keluar untuk makan malam dan tanpa disedari, kami pulang agak lewat pada malam
itu. Sebelum naik ke
rumah sewa saya di tingkat dua, kami duduk di dalam kereta sambil berbual-bual,
tiba-tiba bekas tunang marahkan saya, “Sayang jangan main cuit2 tengkuk boleh tak?”
Saya
rasa agak kehairanan bagaimana tangan saya boleh sampai untuk mencuit tengkuknya, sedangkan kami duduk menghadap antara satu sama lain. Saya
terdiam seketika memikirkan apa yang berlaku dan dengan tidak semena-mena bulu
roma saya merinding. Dalam kereta terbau sangat wangi. Kami pandang sama
sendiri sebab kami sama-sama dapat merasakan ada
sesuatu yang tidak kena.
Saya
dalam kereta tak berani mahu keluar disebabkan anjing-anjing bising menyalak
berdekatan dengan kereta. Mata saya berkeliaran melihat kawasan meletak kereta. Tiba-tiba
mata saya tertumpu pada sebuah lori yang berdekatan dengan kereta kami. Betul2
bawah tingkap bilik saya.
Saya
terperasan ada seorang perempuan berdiri berhampiran dengan lori tersebut.
Rambut kusut masai baju berdarah. Tangan luka2 sedang menggendong
bayi. Sangkaan saya
pada ketika itu mungkin perempuan itu baru melahirkan anak dan sedang mencari
pertolongan.
Saya
cuit lengan bekas tunang dan dengan memberikan isyarat mata supaya melihat
ke arah lori. Dia
memandang ke luar tingkap sambil memerhatikan kawasan sekeliling namun dia
menyatakan yang dia tidak melihat apa-apa.
Perasaan saya
semakin cemas kerana dia tidak melihat apa yang saya lihat pada ketika itu, pun
begitu saya tak tergamak nak beritahu dia apa yang saya lihat demi menjaga
keselamatannya untuk memandu pulang ke Singapura
nanti.
Saya
bersuara, “Sayang, I rasa baik I naik rumah lah. I tak sedap hati. Sayang, please tunggu kat bawah sampai I masuk rumah...” Bekas
tunang jawab, “Ok sayang hati-hati naik, nanti sebelum tidur mandi. Apa2 hal, call
I...”
Bila
saya melangkah masuk ke dalam rumah sambil menutup pintu, tiba2 pintu bilik
seperti dihempas dengan kuat… Terperanjat saya dibuatnya, saya sangkakan
mungkin itu Kak Jie, teman serumah saya yang menutup pintu biliknya dengan kuat
saya terus berjalan menuju ke bilik tidur saya.
Setelah saya
bersihkan diri dan berbaring untuk lelapkan mata, saya merasakan yang bilik saya
terasa sangat dingin, sejuk sangat. Padahal saya
tidak menggunakan alat pendingin hawa, hanya kipas angin yang berputar sederhana namun dapat
dirasakan terlalu sejuk bilik itu.
Selang beberapa
minit saya terdengar suara bayi menangis dan
tiba-tiba, saya
terdengar suara yang halus tetapi jelas kedengaran di luar jendela bilik tidur, suara seorang perempuan berkata, “Kenapa? Kau takuuuutttt?”
ALLAHHUAKBAR…!!! Saya
terperanjat dan cemas, menggigil ketakutan dan tidak tahu apa yang harus saya
lakukan pada waktu itu. Apa
yang saya terdaya lakukan hanyalah mencapai telefon bimbit saya dan menghubungi emak saya. Pada
masa yang sama, saya terdengar bunyi pintu dibuka dan ditutup berulang kali
di bahagian ruang tamu. Saya
memberitahu emak apa yang berlaku dan menyuruh ayah datang menjemput saya untuk
membawa saya keluar dari rumah sewa itu.
Emak pun berkata, “Emak dah ingatkan kau jangan balik lambat bila keluar. Kau tu
duduk kat tempat orang. Rumah kau tu sebelah kiri kuil India, sebelah kanan kuil Cina... Sekarang bila susah
pandai kau call emak. Dah kau tunggu sampai emak dan ayah sampai. Perbanyakkan
baca doa dan surah2...”
Dalam
ketakutan itu saya teringatkan Kak Jie di bilik sebelah, saya pergi ke biliknya
dan mengetuk pintu bilik Kak Jie. “Kak Jie... Oohh Kak Jie...” saya memanggil namanya
beberapa kali tapi tidak disahut panggilan saya, mungkin dia
nyenyak tidur. Saya
beranikan diri membuka pintu bilik Kak Jie, tetapi tiada orang di dalamnya. Bilik
dikemas dengan rapi dan bersih.
Saya
menuju ke ruang tamu mencari Kak Jie. Semasa melalui
sebuah bilik kosong saya terdengar bunyi bising seperti almari diketuk-ketuk. Nak
kata ada orang di dalam bilik tapi pintunya dimangga dari
luar. Bilik
tersebut kami tidak dibenarkan buka dan hanya digunakan oleh tuan rumah
saja. Saya
kuatkan hati ke ruang tamu, juga tiada orang. Sah! Memang saya seorang di rumah.
Dalam
hati terfikir siapa yang buka dan tutup pintu bilik
tadi? Ya
Allah, pada masa itu hanya ALLAH sahaja yang tahu macamana perasaan
saya. Terus
saya capai telefon bimbit, hidupkan surah-surah yang ada selepas itu
gangguan makin berkurangan. Bunyi
suara burung gagak bersahut-sahutan di luar rumah tak henti-henti.
Selepas beberapa
minit kemudian, emak dan ayah pun sampai untuk menjemput saya pulang ke Kempas, dan
keesokan harinya saya terjatuh sakit dan demam buat beberapa
hari. Mulai dari hari itu, jika tiada orang di rumah sewa itu, saya sanggup berulang-alik dari Gelang Patah ke Kempas walaupun jauh. Sampai di sini
saja kisah saya.
Sekian terima kasih,
Abby Lee
TERIMA KASIH ABBY!!!
No comments:
Post a Comment